Pada 3 April 2020, anak syarikat Protasco Berhad, Empayar Indera Sdn Bhd turut sama menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada kerajaan negeri Perak untuk Tabung Bencana dan Bantuan Sosial COVID 19. Semoga sumbangan ini sedikit-sebanyak dapat membantu inisiatif kerajaan negeri dalam pelaksanaan pelbagai bantuan untuk rakyat negeri Perak dalam musim wabak ini.